Saturday 25 June 2011

Seronoknya menjadi seorang Muslim!

 Pernahkah anda berada dalam situasi begini?
- Ketakutan
- Keresahan
- Kesedihan
- Kebahagiaan

Anda takut. Tetapi anda seorang yang lemah lagi tidak berdaya untuk menepis ketakutan anda terhadap sesuatu perkara.Boleh jadi anda takut untuk bermusafir berseorangan ke tempat yang anda tidak biasa dengannya, dan mungkin anda mendapati ada seekor ular di dalam rumah anda dan pelbagai kemungkinan.

Anda resah atau keliru dengan perasaan anda. Tetapi tidak tahu ke mana perlu diluahkan perasaan ini. Anda tidak tahu bagaimana perlu memilih dan pilihan itu akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan anda.

Anda sedih. Tetapi anda tidak mempunyai sahabat untuk menasihati dan melegakan perasaan sedih anda.Mungkin juga sahabat anda berada jauh dari sisi anda. Ke mana harus aku luahkan perasaan ini? Apakah cara yang terbaik yang dapat menenangkan hati ini?

Anda bahagia. Bagaimana harus anda berkongsi kebahagiaan ini. Siapakah yang paling UTAMA untuk dituju apabila mengalami perasaan ini? Siapakah yang mengurniakannya kepada kita?

Anda takut, anda resah, anda sedih dan anda bahagia!
Sedarkah kita bahawa kita adalah orang yang beruntung kerana menjadi seorang MUSLIM, seorang yang berserah diri kepada Allah.Di antara sedar dan tahu, ia mempunyai perbezaan.
Kita mempunyai tempat untuk bersandar apabila kita sedih atau gembira.Kita mempunyai tempat mengadu segala masalah dan dapat keluar dari kepompong keresahan.Bertuahnya kita! Kita mempunyai ALLAH S.W.T. Allah tidak akan pernah bosan mendengar luahan hati kita dan tidak akan pernah puas memberi selagi mana kita mensyukurinya dan bergantung kepadanya.
إنّ النّعمة موصولة بالشّكر، والشّكر متعلّق بالمزيد، ولن ينقطع المزيد من الله حتّى ينقطع الشّكر من العبد
- عليّ رضي الله عنه -
 Ertinya : Sesungguhnya nikmat itu datang dari kesyukuran, dan kesyukuran itu bersama dengan pertambahan, dan tidak akan putus pertambahan daripada Allah sehingga terputusnya syukur itu daripada seorang hamba..
( Credit to Masitah ) 

Tanpa rasa kebergantungan kepada Allah, sebesar manapun kerajaan yang kita miliki akan musnah sebagaimana Kerajaan Abbasiyyah yang pernah menjadi Ustaziyatul 'Alam pada suatu masa dahulu.

Rasulullah pernah mengajar kita, solat hajat apabila mempunyai permintaan dan hajat, solat istikharah apabila perlu membuat keputusan, sujud syukur apabila bersyukur dengan kegembiraan yang diperolehi.

" Dari Abdullah bin Aufar r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah S.W.T atau berhajat kepada salah seorang dari Bani Adam (manusia) maka hendaklah : berwudhuk dan sempurnakanlah wudhuknya itu, solat dua rakaat (solat hajat), kemudian (setelah selesai solat dua rakaat) lalu memuji Allah, dan membaca selawat atas Nabi Muhammad S.A.W." (Riwayat Tarmizi)

Seorang Muslim tidak memerlukan sebarang tangkal atau azimat untuk melindungi diri mereka kerana Guru mereka, Rasulullah telah mengajarkan mereka doa-doa pelindung dari segala kejahatan :

(مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ) رواه مسلم في صحيحه، باب في التعوذ من سوء القضاء ودرك الشقاء. رقم الحديث 4881.


Ertinya: Sesiapa yang tiba di sesuatu tempat dan berkata "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang diciptakan" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut".

(إن رجلا من أسلم قال: لما نمت هذه الليلة لدغتني عقرب. فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم: أما لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك). رواه أحمد في مسنده،
.رقم الحديث 8867. قال الشيخ شعيب الأرنؤوط: إسناده صحيح على شرط مسلم


Ertinya: Seorang lelaki daripada Kabilah Aslam berkata : Ketika aku tidur malam ini, aku disengat kala. Lalu Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sekiranya engkau membaca ketika petang "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang diciptakan", nescaya kamu tidak akan ditimpa mudarat.

((قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ)) رواه الترمذي في سننه، باب ما جاء في الدعاء إذا أصبح وإذا أمسى، رقم الحديث 3310. وقَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ.

 
Ertinya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Mana-mana hamba yang berkata pada pagi setiap hari dan petang setiap malam "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa mudharat.

Cubalah amalkan.Nescaya kita akan tenang dari ketakutan selagimana anda yakin denganNya dan bertawakkal kepadaNya.Dan percayalah, anda rasa sangat selamat walau dimana jua anda berada juga terasa sentiasa dilindungi.

Seronok kan menjadi seorang Muslim. I'm proud i am Muslim! =)

No comments:

Post a Comment