Sunday 24 July 2011

Selfish_Selfcenter @ PentingkanDiri

Pernah tak rasa yang kita patut fikir diri sendiri je?
Dalam setiap perkara mesti dahulukan diri sendiri?
Teruk kan perasaan ni?
Cuba sekali. Bila kita berdoa, kita utamakan doa buat sahabat kita?
Apa perasaan kita saat itu?
Dari 'survey' yang dapat dikenalpasti, perasaan tenang dan lapang menyinggah di hati kita. Dan pastinya ini adalah salah satu ubat penyakit 'selfish'!
Pernah seorang penceramah di IKIM.fm beritahu, orang yang selalu sebut dan fikir tentang 'saya..saya..saya..' ni sebenarnya mempunyai penyakit hati dan mereka ini mudah dihinggapi penyakit jantung. Penyakit ni bukan sahaja membawa penyakit dalaman tetapi juga luaran.Batin dan fizikal!
Bila berdoa untuk sahabat kita, malaikat akan mendoakan kita sebanyak10X dengan doa yang sama.
=)

Saturday 25 June 2011

Seronoknya menjadi seorang Muslim!

 Pernahkah anda berada dalam situasi begini?
- Ketakutan
- Keresahan
- Kesedihan
- Kebahagiaan

Anda takut. Tetapi anda seorang yang lemah lagi tidak berdaya untuk menepis ketakutan anda terhadap sesuatu perkara.Boleh jadi anda takut untuk bermusafir berseorangan ke tempat yang anda tidak biasa dengannya, dan mungkin anda mendapati ada seekor ular di dalam rumah anda dan pelbagai kemungkinan.

Anda resah atau keliru dengan perasaan anda. Tetapi tidak tahu ke mana perlu diluahkan perasaan ini. Anda tidak tahu bagaimana perlu memilih dan pilihan itu akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan anda.

Anda sedih. Tetapi anda tidak mempunyai sahabat untuk menasihati dan melegakan perasaan sedih anda.Mungkin juga sahabat anda berada jauh dari sisi anda. Ke mana harus aku luahkan perasaan ini? Apakah cara yang terbaik yang dapat menenangkan hati ini?

Anda bahagia. Bagaimana harus anda berkongsi kebahagiaan ini. Siapakah yang paling UTAMA untuk dituju apabila mengalami perasaan ini? Siapakah yang mengurniakannya kepada kita?

Anda takut, anda resah, anda sedih dan anda bahagia!
Sedarkah kita bahawa kita adalah orang yang beruntung kerana menjadi seorang MUSLIM, seorang yang berserah diri kepada Allah.Di antara sedar dan tahu, ia mempunyai perbezaan.
Kita mempunyai tempat untuk bersandar apabila kita sedih atau gembira.Kita mempunyai tempat mengadu segala masalah dan dapat keluar dari kepompong keresahan.Bertuahnya kita! Kita mempunyai ALLAH S.W.T. Allah tidak akan pernah bosan mendengar luahan hati kita dan tidak akan pernah puas memberi selagi mana kita mensyukurinya dan bergantung kepadanya.
إنّ النّعمة موصولة بالشّكر، والشّكر متعلّق بالمزيد، ولن ينقطع المزيد من الله حتّى ينقطع الشّكر من العبد
- عليّ رضي الله عنه -
 Ertinya : Sesungguhnya nikmat itu datang dari kesyukuran, dan kesyukuran itu bersama dengan pertambahan, dan tidak akan putus pertambahan daripada Allah sehingga terputusnya syukur itu daripada seorang hamba..
( Credit to Masitah ) 

Tanpa rasa kebergantungan kepada Allah, sebesar manapun kerajaan yang kita miliki akan musnah sebagaimana Kerajaan Abbasiyyah yang pernah menjadi Ustaziyatul 'Alam pada suatu masa dahulu.

Rasulullah pernah mengajar kita, solat hajat apabila mempunyai permintaan dan hajat, solat istikharah apabila perlu membuat keputusan, sujud syukur apabila bersyukur dengan kegembiraan yang diperolehi.

" Dari Abdullah bin Aufar r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah S.W.T atau berhajat kepada salah seorang dari Bani Adam (manusia) maka hendaklah : berwudhuk dan sempurnakanlah wudhuknya itu, solat dua rakaat (solat hajat), kemudian (setelah selesai solat dua rakaat) lalu memuji Allah, dan membaca selawat atas Nabi Muhammad S.A.W." (Riwayat Tarmizi)

Seorang Muslim tidak memerlukan sebarang tangkal atau azimat untuk melindungi diri mereka kerana Guru mereka, Rasulullah telah mengajarkan mereka doa-doa pelindung dari segala kejahatan :

(مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ) رواه مسلم في صحيحه، باب في التعوذ من سوء القضاء ودرك الشقاء. رقم الحديث 4881.


Ertinya: Sesiapa yang tiba di sesuatu tempat dan berkata "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang diciptakan" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut".

(إن رجلا من أسلم قال: لما نمت هذه الليلة لدغتني عقرب. فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم: أما لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك). رواه أحمد في مسنده،
.رقم الحديث 8867. قال الشيخ شعيب الأرنؤوط: إسناده صحيح على شرط مسلم


Ertinya: Seorang lelaki daripada Kabilah Aslam berkata : Ketika aku tidur malam ini, aku disengat kala. Lalu Nabi Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sekiranya engkau membaca ketika petang "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang diciptakan", nescaya kamu tidak akan ditimpa mudarat.

((قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ)) رواه الترمذي في سننه، باب ما جاء في الدعاء إذا أصبح وإذا أمسى، رقم الحديث 3310. وقَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ.

 
Ertinya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Mana-mana hamba yang berkata pada pagi setiap hari dan petang setiap malam "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa mudharat.

Cubalah amalkan.Nescaya kita akan tenang dari ketakutan selagimana anda yakin denganNya dan bertawakkal kepadaNya.Dan percayalah, anda rasa sangat selamat walau dimana jua anda berada juga terasa sentiasa dilindungi.

Seronok kan menjadi seorang Muslim. I'm proud i am Muslim! =)

Wednesday 22 June 2011

Ketuanan dan Keistimewaan Orang melayu Di Malaysia.

Kita.Orang Melayu.Hidup dengan Hak Keistimewaan Orang Melayu.
      Sedar tak sedar, hidup sebagai seorang 'tuan' di negara ini membuatkan kita memperolehi keistimewaan dari kaum-kaum yang lain. Kadang-kadang, hak ini juga menyebabkan kita tidak merasai kesusahan kaum lain dalam mencapai sesuatu.Mereka perlu melipatgandakan usaha mereka untuk mencapainya berbanding kita yang dapat memperolehinya dengan lebih mudah.
     Apa yang dimaksudkan dengan Ketuanan Melayu?
     Saya tertarik dengan takrif yang diberi oleh Dr MAZA mengenai Ketuanan Melayu :

"...jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’..." 

Dan penerangannya mengenai Hak Keistimewaan : 

"Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan."

      Kerana merasakan kita adalah 'tuan' maka kita rasa kita berhak mendapat keistimewaan. Hak Keistimewaan orang melayu bermula apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan.Dasar ini terang lagi bersuluh berpihak kepada orang melayu apabila orang melayu dilihat mundur dari segi ekonominya berbanding orang cina yang tinggal di bandar dan menjalankan perniagaan di sana.

     Tapi adakah kita merasakan hak keistimewaan ini sebenarnya membantu Orang Melayu? Saya berpendapat : Tidak Sepenuhnya. Dengan adanya hak ini, kita sebenarnya hanya mengunakan 50% - 80% usaha untuk mencapai sesuatu dimana kita yakin 30% usaha lagi tidak perlu disumbangkan kerana perkara itu hanya perlu diserahkan kepada kerajaan yang pasti akan menolong kita.

    Hak Keistimewaan ini hanya membantu orang melayu dari segi luarannya menyebabkan orang melayu kurang berusaha dan meningkatkan rasa kebergantungan kepada kerajaan.Dari segi sikap dan peribadinya, orang melayu akan ketinggalan berbanding kaum lain yang sentiasa meningkatkan daya usaha mereka.Kita akan selamat di negara sendiri, tetapi adakah kita akan mendapat layanan sebegiturupa di negara lain.Kita juga perlu menukar gear usaha kita supaya dapat duduk setaraf dengan yang lain.

Kesimpulannya,
    Islam tidak membezakan diantara satu-satu kaum di muka bumi ini hatta walaupun Nabi Muhammad S.A.W diutuskan dikalangan orang arab tetapi itu bukan bermakna kaum arab lebih mulia dari kaum-kaum yang lain.Yang membezakan kita semua adalah TAQWA kita terhadap Allah.Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al Hujurat Ayat 13 :

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya." 

Dan Anda, apa pendapat anda tentang isu Ketuanan dan Keistimewaan Orang Melayu? 

Wednesday 15 June 2011

Pujian Pertama

  Post ini ialah post aku yang pertama mendapat pujian.Pujian memang menaikkan semangat tetapi tanpa motivasi tinggi dalam diri, penulisan tidak diteruskan.Itulah aku! Berkongsi pengalaman sebenarnya adalah perkara yang menyeronokkan. Credit to 'Kak Khalilah' and 'ekramhakim'.

 

Salah ke saya menutup aurat??

بسم الله الرحمن الرحيم


"Mama mia!Why are you wearing like this?Don't you know its a beach.Why are you wearing so close like this?"

Dia menyoalku dalam Bahasa Inggeris dengan tergagap-gagap dan suara yang tinggi.Aku tidak menyangka keputusan untuk bersiar-siar di pantai Monterosso iaitu salah satu pantai
Cinque Terre ini telah membuatkan aku diaju dengan soalan sebegini.Memang satu perkara yang pelik melihat seorang perempuan berpakaian labuh dan menutup segalanya di pantai seperti ini dengan musim panas yang hampir tiba jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita yang sedang berjemur di situ.

Aku sedikit terpana.Mata ini hanya memandang lelaki Italy itu.

Mulut hampir bersuara ' This our obligation in our religion'.

Ingin menerangkan kepada mereka apakah tuntutan dalam agama kami,Islam.Ingin memahamkan mereka kewajiban kami bukanlah terhad kepada tempat tertentu sahaja.
Tetapi aku telah tertinggal jauh dari Cik Na aku.Aku takut dia akan tercari-cari aku lalu senyum ditarik buat lelaki tersebut sambil kaki dilangkah menuju ke arah Cik Na.

Tujuan tadi kerana ingin mengambil sekeping gambar pokok dihadapanku untuk diabadikan di dalam kamera ini.Aku yang baru selesai menangkap gambar pokok itu tiba-tiba dikejutkan dengan soalan lelaki ini yang baru sahaja keluar dari keretanya di parking sebelahku itu.


Pokok inilah yang diambil ketika
peristiwa itu berlaku.

Perasaan menyesal hadir sebaik sahaja kakiku melangkah meninggalkan dia.Aku telah terlepas satu peluang yang sangat besar untuk memahamkan mereka apa itu Islam yang sering dianggap satu agama tertutup dan menyekat kebebasan umatnya.

Pada hari sebelumnya aku melangkah ke Monterosso iaitu di Pisa, aku juga disoal tentang pemakaian aku terutama hijab dikepala aku.

"Pourquoi(Why)?" tanyanya sambil mengarahkan jarinya ke arah kepalanya.Aku faham dia memaksudkan tudung di kepala aku.
Dengan keadaan bahasa perancisku ditahap asas lagi ini, aku hanya mampu menjawab

" Obligation."
" L'obligation à religion (Obligation of religion) ?"
" Oui (Yes)." Aku menjawab sambil tersenyum.Lelaki tua itu hanya terangguk-angguk dan bertukar kepada tajuk lain.

Aku tidak mampu untuk menerangkan kepadanya dengan perantaraan bahasaku yang lemah.

Soalan inilah yang selalu berputar didalam fikiran mereka yang tidak memahami dan mengkaji apakah itu Islam dan mengganggap Islam adalah agama ketinggalan zaman dan menyekat kebebasan umatnya terutama wanita.

Peristiwa demi peristiwa yang dialami oleh diriku ini membuatkan aku terfikir.Inilah hakikat apabila kita keluar ke dunia luar.Inilah FAQ yang akan dilontarkan kepada kita terutama kaum hawa yang paling menyerlah ciri-ciri keislamannya.

Bukanlah sesuatu yang asing jika non-muslim memandang jelek kepada pemakaian seorang muslim itu tetapi menjadi sesuatu yang amat pelik apabila seorang muslim itu menghina pemakaian saudaranya sendiri.

Seorang muslim yang terkesan dari penjajahan pemikiran daripada barat samada media masa atau majalah-majalah membuatkan mereka lebih cenderung mendidik diri ke arah kebaratan dari ke arah seorang muslim mukmin soleh.

"Kenapa kita lebih gembira dikatakan seorang yang rock daripada dikatakan seorang yang warak?Sebenarnya inilah salah satu kesan dari penjajahan pemikiran yang dibawa oleh barat.Kenapa kita tidak suka dikatakan warak sedangkan itu adalah tanda kita ialah seorang yang taat kepada Allah?Kita tidak kufur,kita solat,kita puasa.Adakah menjadi seorang yang lalai itu lebih membanggakan dari ketaatan kepada Allah?"

Kata-kata sahabat seperjuanganku di dalam tazkirahnya di 'flashback'.Ya, aku setuju dengan kata-katanya.Kita lebih suka digelar orang yang gila-gila,rock dan lain-lain tetapi kita menjadi anti bila dikatakan warak.Berbahagialah kamu dengan ucapan itu kerana itu adalah satu doa buat dirimu yang membawamu ke arah jalan yang lebih lurus.

Di Morocco, hanya terdapat pelajar pengkhususan Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab.Pemakaian kami dengan bertudung labuh disini membuatkan kami lebih dihormati oleh sebahagian besar kaum masyarakat disini.Satu biah(suasana) yang positif.Kami gembira dengan cara pemakaian kami yang dituntut Islam ini sehingga satu saat kami terasa takut untuk menghadapi suasana di Malaysia.Di sana,puratanya memandang jelek atau 'not up to date' dengan pemakaian kami.

Walaupun begitu, kami pernah disoal oleh seorang pemandu teksi di sini.Memandangkan suasana yang amat panas sekarang, dia pelik dengan pemakaian kami.

"Kamu tak panas?"
"Panas", kami menjawab pendek.
"Kenapa kamu pakai tudung besar macam tu.Kamu botak ke?" Soalnya dengan nada bergurau.
"Kami menutup aurat.Ini tuntutan dalam Islam.Maktub dalam Al-Quran", kami cuba menjawab dengan tenang walaupun hakikatnya kami tidak senang dengan gurauannya.
"Tapi bukan sunnah pun." Kami menggelengkan kepala dengan kejahilannya.
"Tak.Ada hadis yang menuntut supaya menutup aurat." Kami cuba mempertahankan kebenaran ini dan akhirnya dia mengalah apabila kami sampai ke destinasi kami.

Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}
Sabda Rasullulah (S.A.W):

(يا أسمأ, ان الامرأة اذا بلغت المحيض, لم يصلح أن يرى منها الا هذا وهذا, وأشار الى وجهه وكفيه)

Maksudnya:( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan.)


Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh sahabatku dimana seorang remaja yang telah mendapat hidayah untuk memakai hijab tetapi banyak cabaran yang harus dia tempuhi.Ibunya yang tidak memberikan sokongan malah tidak percaya dia mampu bertahan dengan imej bertudung.Rakan-rakan yang menjauhi.

"Kenapa awak bertudung?Adakah awak telah berzina dan memakai tudung untuk bertaubat?"
Soalan rakan-rakan yang tidak mengerti apa maknanya menutup aurat.

Semoga dia sabar menghadapi ujian ini dan Allah mempermudahkan jalannya ke arah kebenaran.

Kisah realiti hidup yang sedang dimainkan wataknya oleh manusia di pentas dunia ini.




Islam akar Rohani, Rasional siraman Fikrah, Ketenangan baja Kekuatan


1 comments:

ekramhakim~ said...
mizyan la tulisan ni.. mungkin boleh dikongsi di medium yg lebih luas.. teruskan menulis.. barakallahufiik=)

Nafas Baru

Permulaan yang baru perlu diiringi oleh semangat yang baru.Untuk menulis perlukan keinginan, juga perlukan usaha dan tidak akan berbunga kejayaan tanpa istiqamah.
Kalam-kalam hammasah (Kata-kata semangat) seorang seniorku amat memberi impak kepadaku. Penulisan datang dari hati kita sendiri dan konsep penulisan juga datang dari diri sendiri.Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri jadi kenapa tidak kita.Mencipta Konsep Sendiri.
Jika kita malu untuk melontarkan fikrah kita, takut dihukumi, kita tidak akan dapat menulis. Menulis juga adalah satu bakat.Ya! Ia adalah bakat! Pemilihan kalimah dan pembawaan ayat itu amat penting.Aku tidak pernah sedar semua ini sehinggalah aku cuba menulis, cuba untuk membina satu ayat yang berhikmah, dan apabila memerhati kalam-kalam sahabat juga penulisannya.
Saya amat berharap saya dapat istiqamah dengan penulisan saya dengan nafas yang baru.

Nafas Lama saya?? Ni dia!! Memang dah bersawang~

www.nourelhoudue.blogspot.com